Sunday, October 4, 2009

KEM MOTIVASI 2009

Alhamdulillah...semalam pelajar-pelajar saya menjalani kem motivasi di Ayer Keroh.
Kem ini diadakan untuk pelajar-pelajar yang pencapaian agak lemah dalam peperiksaan. Objektif diadakan kursus ini adalah untuk menanamkan semangat waja, yakin dan kerjasama antara kawan-kawan.

Pelajar-pelajar ini sebenarnya pandai...tetapi kalau tak mana bleh masuk ke IPTA. Dengan itu, kita perlu memupuk semangat untuk keyakinan diri, jati diri dan semangat bekerja sama antara mereka.

Antara pengisian yang ada di dalam aktiviti ini adalah mencipta motto, menyelesaikan puzzle. Tujuan untuk memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan.

Qiamulail dan ceramah motivasi untuk pelajar - pengisian agama. Di samping itu, hafalan ayat2 lazim.

Jungle tracking dan lintas halangan - untuk memupuk keyakinan diri dan semangat YAKIN BOLEH. Daripada sini, saya dapati pelajar ni takde semangat keyakinan diri, tetapi di atas bimbingan fasilitator dan suppor daripada kawan-kawan... mereka boleh buat terutamanya untuk memanjat tembok dinding setinggi 10 kaki. Itulah yang diharapkan kepada pelajar-pelajar.

Semasa ceramah diadakan, banyak ilmu yang dapat saya ambil. Antara yang menarik untuk kita hayati adalah satu cerita ini.
Ada seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam PHD, tetapi dia berputus asa, tetapi dia pergi mendapat nasihat daripada bapanya yang cuma seorang tukang masak mee goreng. Lalu bapanya, mengajak dia ke dapur. Bapanya merebus 3 periuk kecil air hingga mendidih. Satu periuk, bapanya meletakkan karot, satu sebiji telur dan kopi. S
Selepas 5 minit, bapanya bertanya apa terjadi kepada mengandungi karot? telur? kopi?
Sudah tentu karot tu akan lembik, telur akan masak dan kopi itu akan menjadi kopi....So, apakah yang dapat disimpulkan daripada cerita ini...
1. Karot yang keras, tetapi apabila dipanas...dia akan menjadi lembik...sesuatu benda yang keras, tetapi apabila dipanaskan dia bertukar menjadi lembik, dah tak berguna lagi...makan pun tak sedap... jadi tak bergunalah.. macam kita juga kalau sebelum kita ada semangat yang tinggi dan keras semangat, tetapi oleh kerana pengaruh persekitaran...kita menjadi lembik

2. Telur - daripada cair menjadi keras selepas 5 minit. Memang bagus...tetapi untuk dirinya sendiri sahaja...tak melibatkan orang lain.

3. Kopi - walau pun pada mulanya dia hitam...orang taknak, tetapi bila ia dimasukkan ke dalam air , ia merebak kepada keseluruhannya. Dan menghasilkan sesuatu yang harum semerbak...bleh hilang rasa mengantuk sesiapa yang menghidunya...

So, daripada cerita ini..apa yang saya boleh simpulkan jadilah seperti kopi..ia berubah menjadi sesuatu yang bukan sahaja mempengaruhi dirinya tetapi orang disekelilingnya...persekitaran.
Dan, jika kita hendak berguru pun, tak semestinya orang yang ternama...tetapi orang yang dekat dengan kita...iaitu ibu bapa. walau pun, mungkin mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi...tetapi pengalaman mereka yang oleh mengajar kita....

Anda pula bagaimana???

Friday, October 2, 2009

Bagaimana Untuk Membuat Perubahan??

Assalamualaikum....
Hari ini, saya ingin berkongsi bagaimana untuk berubah? Tak kira sama ada kita ni pekerja, orang biasa, suri rumah atau pelajar. Ada empat langkah untuk berubah.....

1. Awareness
Kita kena tahu di mana kita sekarang.
Jika kita seorang pelajar, kita apa peringkat kita sekarang...diploma, degree...macam mana
dengan pencapaian kita? Kalau kita adalah pekerja, kita tahu apa kebolehan kita, dan
macam mana nak tingkatkan taraf hidup kita. Kalau kita seorang suri rumah, kita kena fikir
macam mana nak naikkan taraf hidup kita.. meniaga. Sekarang dengan kemudahan internet
yang ada, saya banyak melihat ramai suri rumah yang membuat perniagaan online.
Pendapatan yang masuk sehingga mencecah belasan ribu ringgit..
Apa yang kita perlu buat adalah kesedaran.....macam mana nak berubah...

2. Understand
Setelah ada kita ada kesedaran, kita perlu faham dan tahu apa yang perlu kita buat
seterusnya, kena rancang perjalanan hidup kita.
Contoh : sebagai pelajar, jika dah habis diploma?? apa seterusnya, degree, master?? atau
PHD.
Kalau meniaga kain...mula2 jual kain dgn kawan2, pastu buka kedai dan tambah inovasi online
bisnes

3. Detached
Macam mana nak keluarkan daripada tahap sekarang??? Mungkin sebelum kita pernah buat
silap, so apa yang perlu kita buat. Kita keluarkan dulu pengalaman yang lepas, yang
diingatkan
lagi. Kalau ingat pun, untuk ambil pengajaran sahaja. Selepas buang kesemuanya, baru masuk
minda yang baru. Ibarat botol air yang mengandungi air yang berwarna, jika kita tambah air
putih, air akan melimpah warna masih berwarna, nak jadikan ia putih akan mengam,bil
masa...kena banyak curah air putih baru keselyruhan akan jadi putih. tapi kalau kita curahkan
dulu air bewarna tu, senanglah nak masuk air putih...masa yang diambil cuma sebenatr.

Minda juga kita perlu setkan benda positif sahaja, buang benda yang negatif. Otak kita yang
tentukan rangsangan minda kita.

4. Reprogram
Setelah kita ada semua perancangan, jadi kita terus ambil tindakan untuk mencapai kejayaan
dan kalau matlmat untuk jadi kaya, capai kekayaan, bukan sahaja di dunia tapi di akhirat.
Cara tindakan bergantung pada hidup dan prinsip hidup masing-masing.
Kalau pelajar pula, uruskan masa anda dan cara pembelajaran anda

Untuk membuat perubahan ini agak susah...so bagaimana?
Mula dengan perlahan-lahan. mengikut kata Dr.Irfan Khairi, kalau sebelum ni dalam comfort zone membaca 1 jam sehari , jadi kita tambah dua jam, dah selesa dengan dua jam..boleh tambah lagi.... Begitu juga dengan perubahan hidup kita....

Sama-samalah kita mencuba.....InsyaAllah

Wednesday, September 30, 2009

Pengurusan Wang Pendapatan

Assalamualaikum
Just untuk dikongsi bersama:

Kenapa banyak mana pun duit kita...tapi tapi masih tak cukup?

Contohnya saya sendirilah...
1. Masa baru kerja -baru grad, gaji RM1400...lepas tolak duit kereta, duit belanja...tinggal sikit jer, masa tu selalu berfikir...kalau gaji RM 2000 kan seronot....

2. Pastu sambung buat master, dapat skit tambahan elaun belajar RM500...masa belum dapat berangan kononya nak simpan...tapi biasalah bila dah dapat still tak cukup...macam2 benda plak nak beli. Masa tu berfikir...kalau gaji RM3000 kan seronot...

3. Dah habis master, gaji dah RM3000, tapi tak cukup jgak...tapi nasib baik dah beli rumah...tapi biasa lah masa gaji RM2000, pakai kereta Wira.....tak sabar nak abis bayar kereta..kononya nak bebas hutanglah....tapi bila gaji dah bertambah, kereta dah habis bayar...nak upgrade kereta plak...Anak pun dah bertambah...masa tu terfikir plak...kalau gaji RM4000 kan sronot....bleh simpan sikit. Dalam hati berazam, dapat kenaikan gaji...duit lebih kenaikan gaji tu nak simpan...tak biasalah dah tambah macam2 plak ...nak tambah rumah skit, nak renovate rumah skit...

4. Tapi bila dah naik gaji lagi...still tak cukup...kenapa yer..???

Saya pun terfikir2 kenapa yer...bincang dengan suami.....macam mana nak buat...mungkin cara pengurusan duit yang betul...dan satu lagi mungkin sifat manusia tak pernah puas.....so macam mana nak buat???

1. Kurangkan belanja - tapi sikap ni sukar dikikis, sebab saya memang suka berbelanja

2. Cari pendapatan lebih...apa lagi passive income ...so ini apa yang saya dan suami saya buat...cari passive income dalam hartanah dan emas.... semoga kami berjaya.

3. Buat pengurusan wang yang betul.

Di sini juga , saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat daripada satu kursus yang saya hadiri pada bulan Ogos yang lepas.

Apa yang perlu kita buat...kita pecahkan pendapatan kita kepada peratus2 bi bawah :

10 % - untuk tabung yang dipanggil Financial Freedom Account (FFA)
-Duit tabung ni adalah sebagai ibu duit, yang mana duit ini tidak akan dibelanjakan tapi digunakan untuk membuat pelaburan, saya simpan duit ni dengan membeli satu dinar emas setiap bulan. Kerana bagi pendapat saya emas boleh kawal duit...zaman dulu pun emas digunakan sebagai pengantaran. Jadi, tidak perlu diusik.

More money attracts more money

55 % - untuk perbelanjaan pelbagai , neccesity (NEC)
- Duit ini dibelanjakan seperi pembayaran kereta, rumah, bil2, makan dan perbelanjaan keluarga

10 % - untuk Long Term Saving for Spending (LTSS)
- Duit ini digunakan untuk mengerjakan haji

10 % - untuk Pendidikan (EDU)
- Duit ini digunakan untukk membiayai pendidikan untuk diri sendiri dan anak-anak. Bagi saya, kita perlu juga untuk melabur untuk diri sendiri untuk mencari ilmu. Kerana ilmu yang kita da tak semestinya pada tahap yang sedia ada sahaja. So perlu cari ilmu, mungkin dengan beli buku2, menghadiri kursus atau konferens.

10 % untuk Play Fund
- Duit ini digunakan untuk bayar diri kita sendiri seperti pergi bercuti, spa atau melancong bersama keluarga. Atau untuk mungkin untuk shopping baju.

5 % - untuk Kebajikan/Derma
- Duit ini mungkin boleh disalurkan kepada masjid-masjid, anak yatim, pelajar yang sedang mencari ilmu.
- Duit ini lah yang boleh digunakan sebagai saham kita di akhirat. Di samping itu, getaran wang boleh didapati dengan menyumbangkan kepada orang lain. Tapi bukan sahaja duit, tapi mungkin juga tenaga.

The More You Give, The More You Get Back
So, cubalah rakan-rakan semua mengikut cara ini. Saya ikut pecahan ini, dan alhamdulillah menjadi. Atau ada rakan-rakan yang nak share cara uruskan wang...

Tuesday, September 29, 2009

Bagaimana Untuk Berjaya Di Dalam Hidup??

Assalamualaikum,
Di sini, saya ingin berkongsi bagaimana untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia atau di akhirat.....
Pertama sekali apa yang kita perlu kita buat adalah kita hendaklah set kan minda kita iaitu :

1. Saya terbuka untuk melakukan perubahan yang baru
2. Saya terbuka untuk meningkatkan taraf hidup dan kualaiti hidup saya
3. Saya terbuka untuk menerima ilmu-ilmu yang baru
4. Saya terbuka untuk mempelajari teknik-teknik untuk berjaya
5. Saya terbuka untuk menerima peluang-peluang yang baru.
6. Saya terbuka dan bersedia untuk diajar.

Di sini, apa yang perlu kita buat....kita buang segala perkataan....saya dah tahu...saya dah banyak ilmu...saya dah buat dulu, tak berjaya pun..

So, apa yang perlu kita buat sekarang...cari ilmu..dengan apa yang kita minat dan mahir...
Kalau minat meniaga...cari bidang yang anda nak meniaga...contohnya:.kalau minat pasal hartanah - cari ilmu pasal hartanah atau emas - cari ilmu pasal emas

Sebab pada pandangan saya untuk menjalankan perniagaan apa yang perlu kita buat..
1. Perlu mahir bidang yang kita nak niagakan

2. Kena lalui sendiri susah senang nak meniaga - sebab kadang2 kita tengok ramai org berjaya dalam perniagaan, tapi kita tidak tahu apa pengalaman yang mereka telah lalui atau mungkin modal yang mereka laburkan...bukan sahaja duit, masa dan juga mungkin air liur - ini juga yang kita katakan modal

3. Ada network - ini paling penting kerana rangkaian network yang akan membantu kita.Kadang-kadang kita juga kena tahu level orang-orang sekeliling kita. sebagai contoh, jika kita dikeliling oleh orang yang telah berjaya dan ingi berjaya keluar daripada comfort zone...kita akan terpengaruh dengan mereka dan cuba memperbaiki diri kita untuk jadikan kita sama level dengan mereka.

4. Kita juga kena tahu selok-belok meniaga, kena ada perancangan pemasaran kita - mungkin dengan cara kita kongsi ilmu, tak semestinya kita kongsi ilmu tu, kita nak bayaran balik daripada ilmu yang kita bagi tu...dengan ini..sambil meniaga, sambil kita kongsi ilmu....

Bagaimana pula, jika anda seorang pelajar????


So, apa lagi....kita semua hendaklah bersedia melakukan apa sahaja untuk berubah....ini termasuk lah diri saya.....

Monday, September 28, 2009

FOKUS

Assamualaikum....
Hari ini...biasala Monday blues...tapi dah keje, kena lah jalankan tugas yang diamanahkan....
Kelas arini 8.30 pagi....tapi biasalah student...agaknya masih mood di kampung lagi tu... so saya sebagai pendidik kenalah naik semangatt mereka untuk fokus balik kpd pelajaran kena final exam dah tak lama lagi... kalau sibuk nak beraya camno tu? Bila nak FOKUS kepada apa yang kita buat ni? Bila nak berjaya ni???

Sebut tentang fokus ni... apa yang dimaksudkan dengan fokus??? Ini yang saya dapat daripada ceramah Dr. Azizan
F - Forget
O - Other
C - Commitment
U - Until
S - Success

So, kita kena fokus dengan apa yang kita buat...sebagai cth pelajar kena fokus kepada pelajaran.... pendidik kena fokus kepada mendidik pelajar2... peniaga kena fokus perniagaannya

Sebagai pelajar...kalau tengah dalam kelas tu, fikiran tu janganlah menerawang ke tempat lain... Contoh lain yang bleh kita ambil, jika kena nak berjaya dalam pelajaran...tgh ambil degree... so kena fokus dalam masa 3 tahun ni...jangan lah sibuk2 nak main-main, bercinta atau berniaga...Bleh buat semua ni...tapi kita kena pandai atau bijak mebahagikan masa...biasalah kita pun manusia biasa...tetapi bila masa belajar tu memang kena fokus...jangan tenga buat assignment tu atau study...fikiran duk terbayang muka pakwe...tengah pensyarah mengajar tu...duk terfikir perut tengah lapar...apa nak makan lepas ni??

Sama juga dengan orang yang dah bekerja..anda kena fokus dengan apa yang anda buat....kalau dah berjaya tu kena fikirkan macam mana nak lebih berjaya? Macam mana nak lebih berjaya tanpa menggangu konsentrasi kepada apa yang anda kerjakan sekarang......?

Mungkin kena korbankan sedikit masa tidur...untuk mencebur bidang yang lain seperti mencari ilmu dalam bidang itu. Ini kerana untuk menceburi dalam sesuatu bidang, kita perlu mendalami ilmu serta mencari guru dalam bidang tersebut...tapi kena pastikan guru itu guru yang telah berjaya....MENTOR.....

Saya sekarang ni berminat dengan satu pelaburan...walaupun saya telah melalui pengalaman dalam bidang pelaburan itu...bukan lah pelaburan tetapi lebih kepada simpanan, jadi apa yang perlu saya buat??? Saya perlu lagi cari ilmu pasal ilmu itu. Bukannya apa...kita tidak boleh berada di tahap yang sama..... kita perlu sentiasa mencari ilmu-ilmu yang baru jika kita mahu mencapai tahap yang lebih tinggi.....InsyaAllah...doakan saya agar berjaya dalam bidang yang saya minat.....Amin...

Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya...Jemput Datang Beraya Ke Rumah

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni....bz sangat...maklumla bulan pose tak sempat...cuti raya lagi sibuk beraya di rumah orang....ibu bapa, mertua dan anak beranak...

Kami sekeluarga tahun ni start balik beraya sejak Rabu 16 September malam lagi...mula2 singgah di Kerteh, berbuka puasa di sana satu hari bersama abang yang ketiga...pastu balik ke Kuala Terengganu...berbuka satu hari di sana...pastu balik ke Kelate..sempat lah berbuka kat sana satu hari...Raya pertama hingga raya ketiga kat Kelantan...sronot jgak raya kat Kelantan...sbb mak mertua buat majlis tahlil pada Hari Raya Kedua tu...jumpa la semua keluarga belah suami saya...

Raya ketiga tengahari...balik ke Trg...banyaknya kereta...bertolak pkol 1, pkol 6 baru sampai di Trg...tapi sempatlah menyinggah tengok org2 tua....sbb masa raya ni ambilah peluang untuk melawat org2 tua...kalau tak sempat... melawat kubur arwah ibu...dll..

Antara hikmah berhari raya ni... dapat mempereratkan hubungan sillaturahhim...kita yang muda kena melawat org tua...Semoga hubungan berpanjangan selalu...

Masa raya ini saya mengambil peluang untuk melawat sepupu-sepupu saya. Dah lama tak jumpa...maklum sahaja saya ni jarang balik Trg...balik kali ni...ramai sedara2 dah berkembang...kalau sebelum ni single skrg dah kahwin, sebelum ni anak sorang...sekrg ni anak dah tiga....cepatnya masa berlalu....

Ayah saya skrg pun tak sihat mcm dulu...duk terlantar jer kat atas katil...kesian tgk dia...tp apa yang bleh dibuat..cuma duk dekat dia..picit2 jap..cakap2 skit...tu je..la...rindunya masa dulu2...


Masa dia sihat dulu...time raya ni la dia paling sibuk.....buat sate dgn arwah emak....dr pagi sampai ptg buat sate... rebus nasit himpit...pagi2 pkol 4 lebih...sibuk buat nasi bukhari...skrg ni dah takde lagi....kami jer la yang buat.......adik beradik....

Untuk makluman semua, nasi bukhari ni lah hidangan wajib di pagi raya...tetamu dtg ke rumah kami...mesti bertanya nasi bukhari....sbb tu kalau open house di rumah saya...mesti ada nasi bukhari....rempahnya di buat sendiri...nasib baik saya sll masak dgn ayah saya...jadi sempatlah saya ingat apa yang perlu diletak....insyaAllah saya akan turun kan resepi ni kpd anak2 saya...Aisyah, Ain dan Anis....

Sapa2 yang kebetulan lalu ikut Seremban....jemputlah datang ke rumah....rumah saya selalu terbuka...............

Layan gambar2 raya di bawah...










Wednesday, August 5, 2009

Prinsip Untuk Berjaya

Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin berkongsi prinsip-prinsip yang perlu diamalkan untuk berjaya.

Prinsip Pertama :

Bagaimana anda melakukan sesuatu perkara adalah sebagaimana anda melakukan semuanya.

Ini bermakna, jika kita suka kejayaan, jadi semua benda yang kita buat adalah ke arah untuk mencapai kejayaan. Di samping itu, kita juga perlu fokus dengan apa yang kita nak buat. Kita juga perlu jujur dengan diri sendiri, jika kita ingin berjaya.

Prinsip kedua :

Jika kita nak berjaya dengan cepat, kita kena bertindak pantas.

Di dalam hidup kita, jika kita mahu sesuatu perkara, kita perlu bertindak pantas untuk mencapainya. Mungkin, ada di antara kita mungkin sudah terlepas peluang, jadi untuk tidak ketinggalan, kita mesti cepat mencari peluang yang lain, mungkin yang lebih baik. janganlah kita tunggu untuk bertindak balik sampai bertahun-tahun. Kita perlu bertindak sama SEKARANG ATAU TIDAK SAMPAI BILA-BILA.

Kenapa? Kerana MASA IBARAT EMAS, kerana emas sangat mahal dan sangat berharga. Dan ada juga yang berpendapat, MASA IBARAT KAPAL TERBANG. Kenapa ada yang menganggap masa itu ibarat kapal terbang? Kerana jika kita lihat, jika kita hendak menaiki kapal terbang, kita perlu menepati masa. Jika anda terlepas, ia akan terbang juga tanpa menunggu anda. Kalau anda terlambat sampai di lapangan terbang, untuk anda menaiki kapal terbang tersebut, kita perlu mengejarnya sampai dapat sama ada berlari, naik lift atau macam-macam cara.

Prinsip Ketiga

Masa Yang Lepas Takkan Sama Dengan Masa Depan.

Anda boleh mengubah keadaan anda pada masa lepas supaya anda lebih berjaya pada masa hadapan. Bagaimana?
1. Mesti ada kemahuan untuk mengubahnya dan kena yakin boleh.
2. Mesti ada guru atau mentor yang betul
3. Mesti ada pengetahuan dan ilmu yang betul
4. Mesti belajar dan mengikut sesuatu sistem yang sudah berjaya.

Prinsip Keempat

Saya Memilih Untuk Menguasai Diri dalam Kehidupan Saya

Prinsip Kelima

Hari Ini Adalah hari Pertama Untuk Saki baki Kehidupan saya


Prinsip Keenam

Jangan Tunggu Hidup Yang Mengubah Diri Kita Tetapi Kita Kena Ubah Diri Kita Sendiri

Prinsip Kelapan

Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu Sehingga Kaum Itu Mengubah Nasibnya Sendiri