Wednesday, September 30, 2009

Pengurusan Wang Pendapatan

Assalamualaikum
Just untuk dikongsi bersama:

Kenapa banyak mana pun duit kita...tapi tapi masih tak cukup?

Contohnya saya sendirilah...
1. Masa baru kerja -baru grad, gaji RM1400...lepas tolak duit kereta, duit belanja...tinggal sikit jer, masa tu selalu berfikir...kalau gaji RM 2000 kan seronot....

2. Pastu sambung buat master, dapat skit tambahan elaun belajar RM500...masa belum dapat berangan kononya nak simpan...tapi biasalah bila dah dapat still tak cukup...macam2 benda plak nak beli. Masa tu berfikir...kalau gaji RM3000 kan seronot...

3. Dah habis master, gaji dah RM3000, tapi tak cukup jgak...tapi nasib baik dah beli rumah...tapi biasa lah masa gaji RM2000, pakai kereta Wira.....tak sabar nak abis bayar kereta..kononya nak bebas hutanglah....tapi bila gaji dah bertambah, kereta dah habis bayar...nak upgrade kereta plak...Anak pun dah bertambah...masa tu terfikir plak...kalau gaji RM4000 kan sronot....bleh simpan sikit. Dalam hati berazam, dapat kenaikan gaji...duit lebih kenaikan gaji tu nak simpan...tak biasalah dah tambah macam2 plak ...nak tambah rumah skit, nak renovate rumah skit...

4. Tapi bila dah naik gaji lagi...still tak cukup...kenapa yer..???

Saya pun terfikir2 kenapa yer...bincang dengan suami.....macam mana nak buat...mungkin cara pengurusan duit yang betul...dan satu lagi mungkin sifat manusia tak pernah puas.....so macam mana nak buat???

1. Kurangkan belanja - tapi sikap ni sukar dikikis, sebab saya memang suka berbelanja

2. Cari pendapatan lebih...apa lagi passive income ...so ini apa yang saya dan suami saya buat...cari passive income dalam hartanah dan emas.... semoga kami berjaya.

3. Buat pengurusan wang yang betul.

Di sini juga , saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat daripada satu kursus yang saya hadiri pada bulan Ogos yang lepas.

Apa yang perlu kita buat...kita pecahkan pendapatan kita kepada peratus2 bi bawah :

10 % - untuk tabung yang dipanggil Financial Freedom Account (FFA)
-Duit tabung ni adalah sebagai ibu duit, yang mana duit ini tidak akan dibelanjakan tapi digunakan untuk membuat pelaburan, saya simpan duit ni dengan membeli satu dinar emas setiap bulan. Kerana bagi pendapat saya emas boleh kawal duit...zaman dulu pun emas digunakan sebagai pengantaran. Jadi, tidak perlu diusik.

More money attracts more money

55 % - untuk perbelanjaan pelbagai , neccesity (NEC)
- Duit ini dibelanjakan seperi pembayaran kereta, rumah, bil2, makan dan perbelanjaan keluarga

10 % - untuk Long Term Saving for Spending (LTSS)
- Duit ini digunakan untuk mengerjakan haji

10 % - untuk Pendidikan (EDU)
- Duit ini digunakan untukk membiayai pendidikan untuk diri sendiri dan anak-anak. Bagi saya, kita perlu juga untuk melabur untuk diri sendiri untuk mencari ilmu. Kerana ilmu yang kita da tak semestinya pada tahap yang sedia ada sahaja. So perlu cari ilmu, mungkin dengan beli buku2, menghadiri kursus atau konferens.

10 % untuk Play Fund
- Duit ini digunakan untuk bayar diri kita sendiri seperti pergi bercuti, spa atau melancong bersama keluarga. Atau untuk mungkin untuk shopping baju.

5 % - untuk Kebajikan/Derma
- Duit ini mungkin boleh disalurkan kepada masjid-masjid, anak yatim, pelajar yang sedang mencari ilmu.
- Duit ini lah yang boleh digunakan sebagai saham kita di akhirat. Di samping itu, getaran wang boleh didapati dengan menyumbangkan kepada orang lain. Tapi bukan sahaja duit, tapi mungkin juga tenaga.

The More You Give, The More You Get Back
So, cubalah rakan-rakan semua mengikut cara ini. Saya ikut pecahan ini, dan alhamdulillah menjadi. Atau ada rakan-rakan yang nak share cara uruskan wang...

8 comments:

  1. Salam Puan.
    Kenapa sentiasa tak cukup.Jawapannya ialah life style.Bila gaji naik,life style juga naik.
    Untuk adik2 yang baru grad dan baru start nak kerja,jangan boros banyakkan saving dahulu.Target saving untuk 10 thn.Then bila dah cukup saving baru ler nak melaram pakai kereta besar atau nak up yang lain.

    Puan.
    Untuk 10yrs pertama kita kena maintainkan life style.Saya dah kerja 7 tahun.Life style saya sama saja dengan tahun pertama saya kerja.Target saya lagi 10yrs baru saya nak `up` kan life style dengan gunakan passive income saya.10 yrs lagi nak jadi JUTAWAN.Target passive income dlm rm8k/month.Masa mula2 kerja saving saya sedikit saya,but now alhamdulillah boleh maintain saving banyak sebab life style mcm tahun pertama saya kerja.
    Bukan hendak mencerita benda yg saya buat.Saya just nak share dengan puan apa yg saya buat.Saya pun budak masih belajar dan banyak benda lagi yg perlu belajar.Saya doakan puan,saya dan semua sahabat2 kita akan berjaya dunia dan akhirat.Jom kita setkan target.

    PG
    -Hafizi Abdullah
    20rejab.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Puan.
    Nak tanya sikit.Puan kerja apa TQ.

    ReplyDelete
  3. Teima kasih atas pengkongsian ilmu ini...
    Ya, betul tu life style kita... biasa la lagi banyak ada, lagi banyak habis sbb ikut lifestyle kita.. Tapi alhamdullilah sejak praktikkan cara pengurusan wang ni, rasa banyak jer aliran masuk...
    Dan, saya percaya kepada kelebihan bersedekah... ada jer rezeki yang masuk kepada saya...

    ReplyDelete
  4. Saya adalah pendidik di UiTM, baru belajar menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan masih di peringkat bertatih untuk mencari ilmu2 untuk meningkatkan taraf hidup. Di samping ingin mendidik pelajar dan orang2 muda untuk menyimpan mula masa zaman mereka belajar lagi...esp.bila dapat pinjaman PTPTN, banyak yang menghabiskan duit kepada yang tak berguna...esp.hand phone sometimes lagi mahal drp kita...dan top up prepaid. Thanks for sharing the info. Sharing is Caring

    ReplyDelete
  5. Salam Pn,

    Di Blog saya banyak menulis & kongsi buku2 tentang kewangan. Pn Blh download buku2 Donald Trump, Warren Buffet, Robert Kiyosaki secara PERCUMA.

    Apa yg PG cakap ada betulnya dan juga menjadi amalan saya.

    Azman
    azman-aziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Encik Azman, Tq untuk pengkongsian ilmu..Saya dan suamijuga ada koleksi buku tersebut untuk penambahan ilmu.Mungkin lepas ini sedikit demi sedikit saya akan menulis di blog ini, bukannya untuk share bersama2 dan di samping membuat nota untuk diri saya sendiri supaya tidak lupa
    :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, mari pakat- pakat majukan diri, keluarga, bangsa dan negara.

    Kita kena pikir, jika tidak kita, Siapa lagi?

    ReplyDelete
  8. ape maksud ibu duit yg kat FFA tu?Dinar emas?saya kurang faham ntuk FFA. Boleh puan terangkan kepada saya. Terima kasih.

    ReplyDelete