Sunday, May 10, 2009

Ibu Ratu Hatiku

Hari ini merupakan Hari Ibu yang disambut di seluruh Malaysia. Walau pun sebenarnya setiap hari kita patut meraikan ibu kita.

Bagi diri saya, walau pun ibu saya telah tiada tetapi dihati ini tidak pernah melupakannya. Ibu saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira 10 tahun setengah yang lalu iaitu pada tanggal 12.12.1998. Masa itu, saya baru abis belajar dan bekerja baru 6 bulan, jadi belum sempat lagi mebalas jasanya. Walau pun bagi ibu saya bukan wang ringgit yang diinginkan tetapi masa yang kita luangkan bersama saya. Saya bersyukur pada saat ibu saya menghembuskan nafas terakhir, saya berada disisinya. Dan pada waktu itu saya masih bujang, jadi saya dapat luangkan sepenuh masa saya semasa ibu saya sakit. Berbanding dengan sekarang, saya dah berkeluarga dan ada anak tiga ini, saya rasa agak sukar saya mahu membahagi masa saya antara ibu, anak2 dan keluarga. Ini saya dapat rasa sekarang kerana ayah saya sedang sakit, tetapi saya tidak dapat menemaninya, kerana dia tinggal di Selayang, saya tinggal di Seremban dan bekerja di Melaka. Nak pergi malam, anak-anak saya yang kecil pula memerlukan saya. Suami pula biasanya balik malam, paling awal sampai ke rumah pun pukul 8 atau 9 malam. So, saya hanya dapat pergi hari Sabtu sahaja, hari Ahad pula saya spend pula dengan anak2 dan suami. Kadang2 terasa serba salah, antara anak, ayah dan suami. Walau bagaimana pun, saya berterima kasih kepada suami saya yang selalu menyokong dan memberi semangat kepada saya.

Mengimbas kembali kenangan bersama arwah ibu saya sangat banyak, maklumlah saya anak manja ibu dan ayah saya serta saya adalah puteri tunggal dalam adik-beradik saya. Nama saya pun adalah gabungan nama adik beradik saya iaitu :

Nor - nama abang sulung saya, Mohd Nor


Ma - nama abang kedua saya, Ahmad Kamal


Zi - nama abang ketiga saya, Mohd Fauzi


Yah - nama saya sendiri, Normaziah

Ayah saya adalah seorang yang kreatif, sebab tu terhasillah nama saya, yang bermaksud Cahaya Keistimewaan ku.

Ibu saya adalah pesara guru. Dia seoarng yang sangat baik dan disayangi oleh semua orang. Semua orang memanggilnya dengan nama CikSu, tak kiralah tua atau muda. Dia adalah seorang peramah dan tidak sombong walaupun dia isteri kepada YB. Tak pernah dia meninggi diri dan suka bersedekah. Saya masih ingat pada saya kecil, jika tetamu datang waktu tengahari, orang itu diajaknya makan tengahari di rumah tak kira ada lauk atau tidak. Jika takde lauk, dia sanggup goreng telur dadar utk kami anak2 untuk utamakan tetamu. Begitulah, betapa dia mengutamakan tetamu. Setiap kali berjumpa dengan orang, senyuman takkan lekang di bibirnya. Sehingga malam terakhir sebelum dia meninggal, masa tu ayah saya mengajar ibadat Haji di rumah kami, dia sanggup keluar dengan kerusi roda untuk bersalam dengan semua orang untuk meraikan tetamu dan meminta maaf dengan semua orang. Alhamdulillah, pada masa hendak kebumikan ramai orang membantu dan menyembahyangkan jenazahnya. Mudah-mudahnya Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

Itulah ibu saya. Sehingga kini, dia masih di ingatan saya. Kadang-kadang semasa hari raya atau hari ibu, saya cemburukan orang lain kerana dapat meraikan bersama ibu mereka, tetapi saya tidak. Untuk tidak sedih, saya selalu berfikiran selain kita, masih ramai lagi yang susah. Saya bayangkan bagaimana kanak2 yang masih kecik yang sudah tiada ibu bapa, atau yang tinggal di rumah anak yatim ketika masih kanak2. Saya masih lagi beruntung kerana saya kehilangan ibu saya semasa umur saya 23 tahun. Sekurang-kurangya saya dapat merasa kasih sayangnya sehingga saya dapat hidup berdikari. Dan saya masih ada ayah. Kini, saya sudah bersuami dan bahagia di samping ketiga-tiga puteri kami, Aisyah, Ain dan Anis.

So, Selamat Hari Ibu buat semua ibu, bakal ibu dan yang paling istimewa buat Cik Da(ibu tiri) dan Maa (ibu mertua)


Kenangan bersama Arwah Ibu Ku, Hajjah Puri bt Ismail sebelum pergi Konvo





Kenangan Ayah dan Arwah Ibuku



Kenangan bersama adik-beradik semasa Hari Raya di kampung, Ma, Zi dan Yah



Dan kini, saya bersama suami dan puteri-puteri kami. Aisyah takde dalam gambar kerana dia yang mengambil gambar kami

1 comment:

  1. selamat hari ibu kepada ayang......skrg dah jadi ibu kepada anak2ku...tahniah

    ReplyDelete