Tuesday, May 5, 2009

Happy Birthday Ain

Assalamualaikum...

Hari ini 5 Mei 2009...genaplah usia puteri kedua saya Ain Fatimah yang keempat. Rasanya cepat masa berlalu...

Pagi tadi saya terfikir, 4 tahun yang lalu, pada masa ini saya masih dalam keadaan yang sedar dan tak sedar kerana masa tu saya baru lepas operation untuk melahirkan anak kedua saya.Ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara caesarian, so doktor memaklumkan kepada saya, saya masih ada lagi satu peluang untuk mendapat cahaya mata. Untuk ini, saya akan cuba mendapatkan anak lelaki pula, makluman yang tiga2 tu perempuan. Mudah-mudahan harapan saya akan termakbul. InsyaAllah.

Untuk Ain ini, tarikh lahirnya agak istimewa iaitu 5 mei 2005, so nombor IC nya adalah 050505-05-XXXX. Ini kerana dia dilahirkan di Negeri Sembilan so kod negeri juga 05, cuma 4 digit belakang tu yang tak ada nombor 5. Bila saya tanya my husband tak bleh ke sambung 0505 atau 5050 lagi...so dia jawab...ingat nombor kereta ke bleh book...hehehe

Hari ini, Ain sangat happy..tambah2 plak ini hari kedua dia pergi ke sekolah tadika. Sejak semalam lagi, dia duk tanya bila Ummi nak beli kek utk Ain, dia ni tak sebut kek, tapi asyik bertanya birthday to you Ain. Tapi saya cakap, Ummi taknak beli apa2, saja nak buat surprise untuk dia. So, untuk menghampakan dia saya pun belilah kek coklat. Ini dia keknya.



Kek Birthday Ain - beli kek coklat sebab dia suka sangat kek coklat



Ain sedang memerhati keknya - tapi sebenarnya dia bukan minat sangat dengan kek tapi kat gula2 kat atas tu, tangan yang sedang tunjuk tu adalah tangan Anis, biasalah Anis suka menyibuk..hehehe

Ain sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh Anis

Lepas potong kek, kami bawak anak2 ke McDonald, maklumlah Umminya tak sempat nak masak, baru balik keje..so untuk meraikan birthday Ain kami makan-makan di sana...lagi senang maklumlah ibu zaman moden. Teringat masa saya kecik2 dulu, arwah mak saya bila birthday anak2 mesti dia buat pulut kuning (org Ghanu panggil nasi kunyit) - pastu ajak anak2 jiran makan atau bagi kat jiran-jiran. Tapi saya skrg tak sempat. kalau hari minggu, sempat jgak..ni hari kerja..memang tak sempat, so apa lagi fast food la...hehhee..

Lastly, hopefully Ain happy selalu dan dipanjang umur. Semoga kebahagian kami akan berpanjangan ke akhir hayat.

Amin

2 comments:

  1. besh nye no ic die
    cmni sume org pon le igt =)

    ReplyDelete
  2. tu la....senang nak ingat.....yg kat blkg tu pun 0038....:)....kalau 0005 kan best....

    ReplyDelete