Friday, May 1, 2009

Pelajar IPTA

Assalamualaikum...
Setelah satu semester telah berlalu... so saya terfikir-fikir kenapa pelajar-pelajar saya kurang cemerlang?...kerana kalau mengikut syarat kelayakan masuk ke U agak tinggi berdasarkan keputusan SPM. Tambah-tambah pelajar Sains Komputer..di mana mereka perlu mendapat kepujian dalam matematik dan matematik tambahan di dalam SPM. Jadi saya terfikir kenapa berlaku perubahan yang mana semasa SPM keputusan cemerlang tetapi apabila telah melangkah ke IPTA atau IPTS, pelajar-pelajar ini kurang cemerlang...apakah penyebabnya.

Apa yang terlintas di dalam pemikiran saya adalah :
Adakah subjek yang diambil terlampau banyak ? - Hmm, agak mustahil.Sebab dalam satu semester, subjek yang diambil cuma sekitar 5 atau 7, tak le macam SPM yang kena amik sampai 10 subjek.

Persekitaran di IPTA/IPTS
Pada pendapat saya, mereka kurang cemerlang adalah kerana mereka kurang diransang dengan persekitaran cemerlang dalam kampus, kurang dekat dengan bahan-bahan bacaan cemerlang dan kurang didesak oleh pensyarah supaya jadi cemerlang.

Ada di antara student U datang dari sekolah berasrama penuh. Otaknya memang cemerlang. Tapi bila masuk U, pencapaiannya jadi biasa-biasa, dah jadi kurang cemerlang berbanding dengan zaman di sekolah dulu. Kenapa ya? Persekitaran.
Tapi kat universiti yang studentnya mencapai jumlah puluhan ribu, persekitaran cemerlang masih belum kukuh. Wujud memang wujud, tapi tak ramai yang menghayati persekitaran cemerlang. Tak ramai student berusaha membentuk komuniti cemerlang.

Ramai student U lebih suka jalan-jalan atau bersantai-santai, di waktu petang selepas habis kelas dan kerap di hujung minggu. Mengulangkaji atau membaca buku kurang dititik beratkan.

Bertanya soalan pada pensyarah juga diabaikan. Masuk kelas, tak sabar-sabar menunggu time habis kelas. Badannya kat kelas, tapi fikirannya berada di luar kelas. Masuk kelas macam malas, rasa nak tak nak saja.

Paling sedih, perkara itu banyak dilihat ada pada ramai student U berbangsa Melayu dan student yang berstatus bumiputera. Mereka lebih suka ikut perangai kawan.

Kawan tak baca buku, dia pun tak baca buku. Esok pagi nak test, malam ni baru kelam kabut baca buku. Bertangguh jadi budaya diorang.

Esok nak hantar assignment, malam ni baru kelam kabut menaip assignment. Budaya kurang cemerlang sudah lama ada di kalangan student universiti terutama universiti tempatan juga kolej-kolej swasta. Mereka cuma mahu ada kelulusan universiti, sekadar pass untuk digunakan mencari kerja.

Sebagai pelajar, perlu ada kemahuan membara nak memajukan diri. Pelajar perlu membina semangat kental dalam diri supaya boleh cemerlang dalam subjek-subjek di Universiti.


Mulai hari ini, usah terpengaruh dengan budaya kurang cemerlang. Sebagai pelajar, jadilah diri Anda sendiri.Anda boleh membina budaya cemerlang milik Anda dengan mendekatkan diri pada bahan-bahan bacaan motivasi yang membuat Anda cemerlang, berkawan dengan orang cemerlang dan mindanya mengarah pada kecemerlangan, kemudian set target nak skor untuk Anda terus kekal cemerlang.

Kita sebagai pelajar...Ingatlah pengorbanan kedua ibu bapa kita yang bersusah payah mencari duit nak masukkan kita ke IPTA...ada yang sanggup bergolok bergadai, ada yang meminjam duit untuk memastikan anak2 mereka cemerlang dalam pelajaran. Ingatlah jika anda cemerlang..anda boleh membalas jasa baik ibu bapa kita.

Ibu bapa kita tidak mengharap balasan dari segi duit...tetapi dari segi kejayaan hidup dan kebahagian kita...bukannya dengan menyusahkan fikiran mereka dengan hal2 bercinta, pengaruh kawan-kawan dll.

2 comments:

  1. budak2 blaja ni xsesuai agi bercnta
    terlalu awl

    ReplyDelete
  2. Betul tu..pelajar skrg banyak buat benda lain drpd belajar.. pensyarah yg susah hati ..nak tolong pelajar tapi dia sendiri taknak tolong diri sendiri

    ReplyDelete