Wednesday, May 13, 2009

Kelompok Generasi

Assalamualaikum,
Dari pengalaman saya, saya dapati generasi pelajar-pelajar sekarang agak berbeza berbanding zaman saya belajar dahul iatu sekitar hujung 80an dan awal 90an. So, saya terfikir kenapa berlaku perubahan ini, so saya mencari artikel-artikel di dalam internet..untuk mencari puncanya.

Apa yang menarik saya dapati ada perubahan dari satu generasi ke generasi yang. Bukan sahaja mempengaruhi cara hidup pelajar malahan juga orang dewasa dari segi hidup, kerjaya, hidup bermasyarakat dan politik..

Di sini, saya pastekan satu artikel yang saya kira agak berguna untuk kita fikir-fikirkan..

Kelompok Generasi (melalui kajian di Amerika)
1st Generation / Greatest Generation (1910-1942)

Generasi Perang Dunia Kedua. Datuk nenek kita lah kebanyakannya dari generasi ini. Mungkin ada di antara kita yang ibu bapanya lahir dalam tempoh ini.

Baby Boomers (1943-1956)

Generasi pasca Perang Dunia II. Kebanyakan mereka bekerja kerajaan atau makan gaji dan akan pencen sekitar 2000-2012.

Baby Busters (1957-1969)

Generasi “moden”. Ia dipanggil baby busters kerana zaman ini jumlah kelahiran bayi adalah berlawanan dengan baby boomers. Mungkin waktu ni zaman peperangan sudah berlalu. Orang kuat bekerja dan masa dengan keluarga dah kurang sedikit.

Generasi-X (1970-1985)

Generasi Peralihan Gen-X ke Gen-Y. peralihan sebelum masuk ke generasi internet. Mereka membesar pada zaman 80an. Barangkali mereka lebih celik dan kedepan dalam bab komputer dan internet sebab semasa usia remaja mereka ia sudah diperkenalkan

Generasi-Y (1986-2000)

Lahir sahaja, Soviet Union dah jatuh. Amerika dah jadi kuasa tunggal. Inilah permulaan generasi internet. Generasi yang celik-celik dah kenal playstation, x-box dan seumpamanya. Generasi permulaan information age.

- Mereka yang sedang meningkat remaja sekarang. Generasi muda ini berumur antara 15
hingga 34 tahun (generasi X dan Y) mewakili 35 peratus penduduk di Asia.
- Generasi yang lahir ketika Internet sedang berkembang.
- Generasi digital
- Generasi-Y mengutamakan kedamaian dan cara hidup mereka sendiri.
- Mereka tidak mempedulikan orang lain. yang membesar dan dibesarkan dalam dunia digital.
Komputer, televisyen, permainan video, Internet, telefon bimbit dan segala macam peralatan
digital dan telekomunikasi menjadi sebahagian dari dunia mereka.
- Google generation, MySpace generation,The gamers generation, The connected generation
- Kehidupan ini mempengaruhi cara mereka berfikir, belajar, bertindak dan berinteraksi.
Hakikatnya, sememangnya terdapat jurang perbezaan antara generasi Y dan generasi
sebelumnya.
- Satu kajian menganggarkan bahawa anak-anak remaja ini menghabiskan selama 40 jam
seminggu di hadapan peralatan digital seperti komputer, televisyen, telefon bimbit dan iPod.

Generasi-Z (2001-?)

Generasi paling baru. Tidak sempat melihat runtuhnya WTC. Tahu-tahu, Amerika sudah jadi ketua kempen anti keganasan. Celik-celik sudah ada email. Ketika emak masak, letak dalam buaian tengok Astro, tengok AF. Tak boleh hidup tanpa handphone. Main bola guna kotak & kertas?

Dari sini didapati, generasi X ni maksudnye pangkah jer. selalunya golongan bapa-ibu la, yg suka sgt melarang. ini tak boleh itu tak boleh. semuanya nak pangkah, therefor…X.

Manakala, generasi Y ni pulak celik sikit, jenis yg suke bertanya. kenapa itu, kenapa ini, macam mana boleh macam tu, apsal macam ni.. Why? Why? Why? therefor…Y.

Bila dikaji baik-baik ada kesahihanya. So, fikir-fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment