Friday, July 31, 2009

Kebahagiaan Hidup...apa pilihan anda?

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama tak update blog ni...dah lebih dua bulan..sampai kan kalau sebelum ni ada orang link kat saya punya blog...sekarang dah remove dah. Maklumlah lama tak update dan saya ni bukan buat bisnes apa2.

Saya sekarang baru jer lepas sibuk dengan pendaftaran pelajar..so hari ini ada kelapangan untuk update blog...

So pada hari Jumaat yang mulia ini saya ingin membincangkan mengenai kebahagiaan.

Bagaimana kita hendak mencapai kebahagiaan hidup? dengan bekerja sepanjang hidup? Mencari kekayaan? Mencari kawan? membuat rangkain kawan? Atau membahagiakan keluarga sendiri?

Di sini saya senaraikan beberapa senario kehidupan kita....

1. Ada duit yang banyak...tapi sakit...tidak bahagia juga... pada masa ini, duit bukan segala-galanya walaupun dia boleh digunakan untuk bayaran hospital, ubat dll tapi masih tak bahagia.

2. Ada duit tapi masa bersama keluarga juga tiada... masa hanya digunakan untuk mencari duit.

3. Ada duit tapi tapi keluarga menjauhkan diri daripada anda. Anak2 tidak duduk bersama kerana sibuk mencari kebahagiaan hidup bersama orang lain. Bahagia cuma seketika tetapi apabila anak2 tiada disekeliling...baru kesunyiaan dan rakan2 juga menjauhi diri, mungkin kerana pandangan masyarakat.
Dalam kes ini...bahagia seketika....tapi kesunyian walaupun ada duit tidak dapat mengatasi segala-galanya. Kawan-kawan hanya akan berada di samping kita bila kita berduit, tetapi bila tiada apa2, diaorang akan lari...kalau ada pun hanya sekadar bertanya khabar.. Hanya boleh menolong kita pada masa tu adalah isteri yang sama2 bersusah payah selama ini, bukan isteri yang mengenali kita semasa kita dah kaya. Dan juga anak2 yang soleh.

4. Hidup sederhana, masa ada terluang, duit ada tetapi sekadar bersederhana....berbelanja mengikut kemampuan.


Jadi, anda boleh lah berfikir sendiri...mana yang anda inginkan...kebahagiaan? keserderhanaan? kemewahan? Itu bergantung kepada diri sendiri.....anda yang aturkan jalan hidup anda...fikir-fikirkanlah..

Di sini saya ingi berkongsi perjalanan hidup saya...biasa sahaja...

Bermula


Zaman kanak-kanak

Saya seperti kanak2 biasa..membesar di samping ayah dan ibu saya...saya anak bongsu dan anak perempuan tunggal dalam keluarga...jadi memang tak boleh lari ...memang sentiasa dimanjakan dalam keluarga...

Zaman Remaja

Di sebabkan saya anak manja,saya tidak boleh tinggal di asrama masa peringkat sekolah menengah. saya pernah mendapat tawaran semasa Tingkatan Satu di Kolej Tunku Kursiah, tetapi selepas duduk selama 4 bulan, saya nak balik kampung. Jadi terpaksalah ayah dan arwah ibu saya pergi mengambilnya. Begitu juga semasa di tingkat empat, saya juga mendapat tawaran di MRSM kuala Terengganu, juga saya hanya boleh bertahan selama 2 minggu sahaja.

Zaman Belajar di Universiti

Alhamdulillah, selepas SPM, saya bertambah matang...saya berjaya menghabiskan matrikulasi saya selama dua tahun dan berjaya menghabiskan degree saya di UKM.

Zaman Baru Bekerja

Saya mulakan kerjaya saya dengan mengajar di satu kolej di Kuala Terenganu kerana pada masa itu arwah ibu saya sakit di sana. Selepas saya tinggal bersama ibu saya selama 6 bulan, ibu saya meninggal dunia pada 12.12.1998. Sedihnya rasa. Saya masa itu ada ayah saya. Abang-abang saya semua dah ada keluarga sendiri. Tapi nasib baik, saya ada ayah dan saya menemaninya.
Tetapi, tak sampai 100 hari arwah ibu saya meninggal, ayah saya mahu kahwin lagi. Pada saya rasa sungguh sedih...tak tahu nak mengadu dan bercerita dengan siapa.... nak bercerita dengan abang2 mereka jauh dan masing-masing ada keluarga sendiri, nasib baik ada kawan masa saya bekerja, Kak San, kak Zu, Syarilla, Liza dan Ana untuk meluahkan perasaan. Dan pada masa yang sama ada seorang yang sentiasa menemani saya bercerita....iaitu Fazli dan sekarang menjadi peneman hidup saya. Sentiasa memberi semangat pada masa itu.
Saya tak tahu kenapa ayah saya cepat sangat mencari pengganti...mungkin dia sunyi.... tapi dia hidup dengan ibu saya lebih kurang 37 tahun.

Zaman Menyambung Pelajaran

Selepas dua tahun bekerja, saya pergi menyambung pelajaran di peringkat master di UUM. Alhamdulillah, Allah memberi ilham kepada saya untuk belajar untuk mengubat kesedihan saya. Selepas satu semester, saya berkahwin dengan suami saya pada 26.10.2000.

Zaman Hidup Berumahtangga

Zaman ini, saya sungguh bahagia. Selepas majlis kahwin, saya balik semual ke UUM untuk teruskan perjuangan. Manakala, suami saya tinggal di KL. Selepas majlis, suami saya hantar saya ke UUM, kelas pada masa itu hanya weekend, jadi selepas kelas, kami pergi honey moon di Langkawi, dengan budget yang cukup skit.
Lepas tu, balik ke KL, nasib baik dapat sewa rumah , rumah flat dua bilik, nasib baik kakak tuan rumahtu baik, jadi dia tak kenakan deposit 2+1, jadi blehlah kami masuk ke rumah tu.
Masa pertama kali masuk ke rumah tu, kami hanya ada barang satu kereta je, adalah dapur dua tungku, toto , bantar 4 biji pemberiaan keluarga dan yang lain2 tu baju. Suami saya pula ada tilam single...so itulah kami guna utk tido.
Walau pun pada masa tu, tiada apa2, saya rasa sungguh bahagia. Kami sama2 meluangkan masa bersama-sama, makan apa yang ada, jika baru dapat gaji blehlah makan di luar, kalau bekalan duit tinggal sedikit,saya masak untuk uami...sehinggalah saya habis belajar di UUM
Tapi, betul orang kata, rezeki lepas kahwin dan berkat perkahwinan, suami saya mendapat komisyen...boleh lah kami beli barang2 rumah. Saya kumpul duit sedikit2 untuk beli peti ais, nakala dengan duit komisyen suami saya, kami beli mesin basuh, katil dan almari dan alat kelengkapan rumah yang lain..
Selepas 4 bulan kahwin, saya mengandung dan masa tu rezeki kami makin bertambah. Selepas setahun 1 bulan, saya berjaya melahirkan puteri pertama kami, Nur Aisyah fatihah, pada 26.11.2206.
Hidup kami bertambah baik dan saya berjaya menghabiskan master saya walaupun terpaksa menghadapi rintangan mabuk dan alahan dan saya melahirkan anak saya secara pembedahan.Selepas saya menghabiskan master saya, saya balik kerja di terengganu selama 8 bulan, tapi saya memohon kerja lain, alhamdulilah saya berjaya mendapat pekerjaan di melaka. ini bukan kerana mencari duit lebiih, tetapi agak sukar untuk saya berjauhan dengan suami saya.(saya di Trg manakala suami di KL).Untuk mengatasi masalah hidup berjauhan, jadi kami menyewa di Seremban.

Alhamdulillah selepas 2 tahun lebih menyewa, kami berjaya membeli rumah di Seremban 2 mengikut kemampuan kami seadanya.


Sekarang

Hidup kami bertambah baik, suami saya banyak membuat kerja tambahan untuk menambah pendapatan kami. Sekarang, kami dah ada tiga puteri, Aisyah, Ain dan Anis. Alhamdulillah, rezeki pun bertambah.

Tetapi, apa yang saya rasakan masa saya luang bersama keluarga agak kurang. Saya sampai di rumah petang, manakala suami pula balik masa anak2 dan saya dah tidur. Inilah orang kata duit alhamdullilah cukup, tetapi masa dan kasih sayang rasanya kurang...kasih sayang mungkin sama...tetapi mungkin kerana kekangan masa...perasaan ini keliru....

Berbanding zaman baru kahwin, duit hanya cukup makan, tapi saya rasa masa bersama keluarga agak banyak...dan hati saya rasanya gembira berbanding sekarang...atau mungkin faktor umur..atau...mungkin sebab lain... isteri..suami..??/

Atau maybe ada pembaca boleh memberi pendapat lain...

Apa yang saya harapkan semoga saya dapat kebahagiaan hidup bersama suami dan anak2 sehingga sepanjang hayat dan apa yang saya capai ini mendapat keredhaan Allah...


Amin..

No comments:

Post a Comment