Thursday, April 23, 2009

Pesta Buku 2009


Semalam saya ke Pesta Buku di PWTC....
Banyak gerai ada di situ...dan ramai pelajar-pelajar sekolah yang mengujungi Pesta Buku ini...
Apa yang saya dapati...antara gerai yang menjadi tumpuan adalah buku-buku novel..majalah-majalh hiburan...tetapi di gerai-gerai buku ilmiah kehadirannya tidaklah seramai gerai buku-buku novel.
Walau bagaimana tahniah kepada pihak penganjur kerana menjayakan pesta buku ini kerana secara tak langsung boleh memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia...

So di sini saya masukkan sedikit artikel daripada Irfan Khairi mengenai komen beliau mengenai sikap membaca.........

Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!
Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…
Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?
Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

No comments:

Post a Comment