Sunday, April 19, 2009

Bida Rumah Kali Pertama


Sabtu 18 April 2009

Ini kali pertama saya mengikut suami, Fazli untuk membida rumah lelongan yang berlangsung di Berjaya Times Square. Kami sampai di sana lebih kurang 10.30 pagi. Setelah mendaftar, kami diberi nombor 88. Fazli mengusik saya, ini nombor bertuah.

So, pertama kali melihat orang membidang merupakan pengalaman yang baru bagi saya. Ada yang menang dengan harga reserve price. Tapi kami menang dengan tambahan harga RM4,000. Walau bagaimana pun masih di bawah harga market price.


So selepas selesai semua perjanjian, kami pun pergi ke rumah yang kami menang. Ada penyewa rupanya. Kami sekadar berkenalan dengan penyewa sahaja, kerana kami fikir belum mendapat kontrak yang sah lagi. Apa-apa pun semua urusan saya serahkan semua kepada suami saya untuk uruskan. Sebab itu janjinya dengan saya. Saya sekadar menemaninya sahaja.

Hopefully, apa yang kami rancang dapat berjalan dengan mudah dan lancar, InsyaAllah

No comments:

Post a Comment